Aqeela
A STORY TO SHARE.....
Monday, December 29, 2008
Last Weekend in 2008
Masa nak check in..tiba-tiba hotel kata aku diupgrade kepada studio (mcm dalam gambor tu) sebab bilik dah penuh. Anyway it still ok coz family pun ramai gak. Tapi apa-apa pun gambar tu illustration jer so korang jangan percaya sangat . Hotel ni 4 stars but for me the location itself was their main attraction...sebabnye once you stay here semua benda ada...nak picnic boleh..nak shopping bole..nak watch movie dll... and above all it will makes your vacation full of activities. Cuma yang tak bestnya bila malam ada bunyian-bunyian dari kelab-kelab berdekatan..(BRF & EU) so kalau korang yang biasa tido dalam senyap its not advisable.
Last weekend sempat gak gi buat ujian suara with mr tayo and frenz but aku tak berapa nak enjoy sangat sbb dok pikir anak and bini kat hotel so agak awal aku balik malam tu and the best part both adriana and amaleea tak sleep lagi... alasannyer lapar and tunggu papa... singgah beli KFC jap and baru balik hotel. We went to watch movie Cicakman2 and for the first time bawak budak-budak ni and to my suprised they behaved very well. Sebelum ni tak pernah gi and macam tak caya lak anak2 ku ini dah pandai menghayati movie.....heheheh
Well... thats all for this year 2008.... Hopefully the coming years will be better than this year and whatever that been dreams will come thru...InsyaAllah. Selamat Tahun Baru and Wishing you all the best..See ya again in 2009.....
Tuesday, December 23, 2008
My ISO....
Sunday, December 14, 2008
GEZUTAN
Me: Hah...(terkejut ) Puan boleh ulang balik tak?
Ikwas: spt di atas
Me: Saya takda pulak terima apa-apa makluman atau surat pasal ini.
Ikwas: Boleh tak En. adi call Jaypeeaaa untuk dapatkan maklumat lebih lanjut sebab nama
En.Adi ada dalam senarai.
Me: Ok lah camtu saya call Jaypeeaaa dulu...
Selepas menelefon pihak yang berkenaan adalah disahkan bahawa aku telah dilantik sebagai panel penilai untuk P*C 2008 . Tak lama lepas itu surat di fax kan dan terus menghadap YBerbahagia Dato' untuk kelulusan. Tanpa berfikir pjg, Dato' terus approved dan aku balik untuk packing brg2. At the same time rakan-rakan seperjuangan EnTayo dan EnTazz telah menelefon bagi mendptkan berita selanjutnya. En.Tayo nampaknya kali ini tidak berkesempatan memandangkan komitmen yang tinggi serta atucara yang telah dirancang sepanjang minggu maka bertolak lah aku ke Kluang bersama En.Tazz yg sememang telah byk kali aku pool kereta dengan nya. Well aku tak nak sembang byk pasal prosedur baru atau method pelaksanaan P*C kali ni cuma apa yang dapat disimpulkan kerja pemilihan ini adalah sangat mencabar . Al maklum je lah baru setahun jagung dah dapat peluang keemasan ini so aku bersyukur pada Allah kerana diberi kepercayaan oleh stakeholder.
Got back from Ikwas on Saturday (pool bersama Mr.M) yang sememangnye salah seorang panel yang byk pengalaman so sempat jugak lar belajar tips tips perkhidmatan...hmmm biasa la dalam service, pencapaian akademik sahaja belum tentu you'll be a good worker but networking and capability to carry your duty is the most important things. Sambil mendengar lagu-lagu soundtrack Ayat-Ayat Cinta teringat kat Diana yg insist suruh aku watch this movie. So semalam sempat luangkan masa untuk watch this AAC and wow... teringat masa zaman muda2 dulu (perasaaan) ...well those yang belum tengok kalau ada masa boleh lah spare time sekejap coz this movie memang best and the story was succesfully blended with love and religious matters. Bukan jiwang OK... but again... every succesful man will stand behind him a woman.
Thursday, November 27, 2008
sibuknyer
habis exam terus menghadiri taklimat L.O...nak tau lebih lanjut MrTayo menerangkan pjg lebar.
Wednesday was a bz day dengan taklimat ISO9000 yang nampaknyer aku akan jadi ajk yang paksarela, tgh-tgh taklimat....public lak dtg tak putus-putusnak jumpa aku. So taklimat baru 15 mins berjalan aku dah cabut menyahut kata slogan "Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami" ...yer ker? atau pun "Prokduktiviti Keutamaan Kami" dan mcm-mcm lagi lah....
So today pun sama gak almost half a day spent time kat SUK membincangkan masalah negeri yang tak habis-habis. Cukai yang tak boleh dikutip tapi appeared dlm sistem dan lebih teruk lagi merosakkan statistik aku. Bukan nak tunjuk terror tapi kalau aku tak buat sampi bila-bila pun takda sapa yang nak buat sbb benda ni very the tidious. "Pi mai pi mai tang tu gak"
Ok lah cukup kekerapuan ku ini...ptg tadi sempat main ping-pong dapat gak lepas tension. dulu-dulu main ping-pong mcm tak feel tapi lately dah naik gian sbb dah pandai sikitand further more the game is fast and very tehcnical and tactical menyebabkan adrenalin ku memuncak..lol
Thursday, November 20, 2008
Money can't buy...
Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy, I'm sorry about your truck." Then he asked, "but when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide.
Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired.. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge.
People make mistakes, but the actions we take while in a rage will haunt us forever.
Good Life starts only when you stop wanting a better One.
Life is not measured by what we have, but what we could do to benefit others.
Thursday, November 06, 2008
MIL.....
Things happened so fast as aku ingat nak drop her and amaleea after back from K.J but last minute change mind so aku masuk la rumah. Tgh dok layan borak ngan adik she said her left leg doesn't feel anything. Aku ingat maybe sbb letih sangat kot so ask her to rest for a while. Bila rasa her left leg sejuk sgt aku pun ambil minyak dan urut kaki. Aku dah sense something is not rite so took her to the room and ask her to lie down. About 15 mins she said she wanted to vomit so carry her to the toilet and vomitted.
Later called diana to get back asap coz I think MIL not feeling well. Called a fren from PPUM and asked her what had cause her to be like that..after hearing my explaination she suspected HB and advise to take her to the hospital asap . Reached hospital at 330 pm but have to wait for 4 hours for the result. (not sure what took them so long)
As to this date and this hour she has not recovered yet. Diana still in PPUM taking care mama and I am with adik in the house. Kakak with tok pa and tok ma in s.a... and suddenly life was so quiet and I really wish and pray to Allah that MIL will get well soon.
Monday, October 27, 2008
BOLEH ker....?
On Monday was Deppavali but yet it was a busy day for me. My old school car Volvo240GL (1988) was stuck at Mr T.T 's house coz of the cable clutch. Went to sentul to pick up the car but halfway I realized my kaki left at home...so got to turn back and get the danm key. Finally settle everything at 3.30pm and went to S.parade for a tea and window shopping..no money maa......
For the past few weeks I've been meeting my old buddies during my bikers day. Well it was really good after few years we finally reunited but something that really turn me on...hmmm their bikes. I just don't know how to express my feelings whether jealous...over jealous or what..and I wish I had a bike again. Still remembered the first ever bike which I owned in 1997 Vulcan500.. I didn't tell my mom at all that I'm buying a bike and only after 3 weeks she realized that the bike is still in the house and she was getting suspicious. Asking me whose bike that I'm riding..and I told her a friendof mine left to overseas and wants me to take care of it. Hmmm well after 2 weeks she asked again and this time I cannot run anymore..." Along beli motor tu kan? hah..jangan nak tipu2 cakap kawan punya." Was trapped and finally told her.... "Beli murah2 jer....napa? ,mama tak bagi ker?" Hmm nak buat apa dah...kalau dah beli baru bagi tau" well since that she never asked anymore.
So... I'm not sure whether this method will works on my wife or not coz knowing her lar kan..hehehe..sure kena pasni. Anyway this is the bikes that really2 turn me on...hopefully in 5 years times, I have extra income to buy cash. Again... JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH.. KAU BOLEH....hhooohhoooooo
Monday, October 20, 2008
Pada suatu ketika......
Entry kali ni just want to share some old and new picture of mine yang terjumpa masa diana dok kemas-kemas barang. Well lama gak tak tengok gambar botak ni and it flashed me back with lots of memories. Those days I was extremely active with outdoor tranning and been travel all over Malaysia and Asean Region to share my little knowledge. Hmmm wish to that again but with the current responsibilities and commitment biaq pi lah dulu....
Tahun 2007 baru balik D*A and style rambut cacak cacak tu pasal dia baru nak tumbuh and for year 2008 style smart casual sebab tetiba rasa macam dah tua so relax a bit... tahun 2009 rasa rasa macam nak shave my head again...hmmm apa kata survey?
Wednesday, October 15, 2008
Ganu Kiter
Ikutkan, memang tak cukup masa nak melawat sedara belah mama and sedara belah diana untuk hariraya ni tapi kawang cuma pilih sedara rapat jer. Ye lah... Tok Ki kawang kawin ikut sunnah.. lebih dari satu and anak2 ramai gak so sendiri mau ingat lar. Kalau gi umoh dia orang tak kan lar taknak hulur so dalam ekonomi yang meleset ni budget-budget jer la.
Hari ni plan nak gi umah pakcik di Marang dan Mak Angkat kat Kuala Berang. Pastinya (bayangan Khai akan menjelma semula sebab masa tu dia PP kawang di Hulu Terengganu) dan hari ini juga plan nak beli barang-barang untuk dibawa balik sebabnyer esok hari jumaat dan pastinya byk kedai yang tutup.
Last tuesday sempat gi kedai batik (tokeynya neibour uncle kawang)..hmmm unbelievable price sebab kalau korang gi pasar payang price dah mark-up almost 50%.... beli juga sampin songket yang harganya di k.l lebih kurang RM150 tapi disebabkan kroni dapat 50% diskaun. Actually price batik di TGG ni sangatlah murah kalau nak compare harga di K.l tu and sebabkan itulah kawang lepas ni tak nak beli batik kat K.l lagi lah. Arfa Batik..hmmmm showroom barunya yang saiznya lebih kurang DSG Kiara jalan kaki jer dari rumah kawang ni tapi sebab batiknya dah ada nama so price still mahal lagi but the design awesome.....
InsyaAllah saturday ni baru balik s.j dan next week akan balik untuk meneruskan khidmat pada negara. ahhh...byk nye kerja pasni.
Sunday, October 05, 2008
Aidil Fitri 2008
Monday, September 29, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Semoga diberkati dan diberikan Allah rezeki dan umur yang panjang. Pandulah kenderaan secara waras dan sentiasa ingati diri orang yang tersayang menunggu kepulangan. Maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap....(mengata, mengeji,mengutuk dan yang sewaktu dengannya). Kalau buat openhouse jgn lupa yer jemput kekawan... Assalamualaikum.
adi faizal & family
Tuesday, September 23, 2008
Do You Know Why?
Thursday, September 18, 2008
Happy Birthday Amaleea
Sunday, September 14, 2008
Impian ku.....
I've always dreamed of having my own restaurant or cafe. Well, I did have it once in 2002 which I shared with a partner. Business was really good and our small cafe was a hit that time. Simple dish... good services..ambience was great and the best thing, my workers were really good. After all its not easy to get a worker whose very committed with their work. However it doesn't last long as we had some problems with the surrounding... Local authority approved new project at the main area. Stall kind of "Ravi SS15" was developed and even worst Mamak Bistro built and renovated the end lot permanently.
Business affected gradually..well who one to eat with dust and noise surrounds...definitely its a NO... Sales dropped hugely, normal sales will be around 20k-25k a month but we could only made around 11 k or less. Public enjoyed the new style of stall which offered more choices... as there were 15 stalls offered 15 different concepts and menu. " How are we goin to survive like this"... it last me for the next 6 months and I said its not cost effective to run a business like this. So I decided to surrender my share to my partner "Cikgu"( he is a teacher anyway). He managed for a while but I heard he sold it to one of our worker.
Hmmmm..... I always said to myself that I would have my own again coz that is what I've always dream off. Though my cook by only Look, listen, feel , taste and try concept I believe one fine day I'll have one. The menu will be light and easy and services will be fast. Food and beverages will come in time (waiting time given in menu list) If you don't get your meal in 15 mins we paid everything. If you brings more than 3 persons your drinks will be free. (less RM3) Operation hours will only from 3 - 12 since people spent more time during that hours. I also believe we are human and my worker need to rest also and If they have enough rest production will be better.
And with some additional advantages..of course it will be hotspot (Wi-Fi) free..especially for bloggers. They just need to advertise in their blog to get a free samosa ( I just got the supplier) and maybe a karipap (you know who) accompanied with a tea or coffee...Cheese cake in the list also...hehehhe. Hmmmmmmm So nice to have a day dream....
Somehow someday ..... I'll make my dreams a reality. Insyaallah.
Friday, September 12, 2008
Kegerodosian...
"Aku tak ada pilihan.... kalau ada sudah pasti kamu aku................."
Mutiara kaca dihempas pasti pecah, mutiara batu dibaling belum tentu... siapa ya yang mahu pergi di tempat macam itu, dengar tak nampak , nampak tak pandang, cakap tak perasan, tau-tau ambil bau saja. Borak saja dengan dinding atau kayu atau Mr.Hp atau Mr.Acer atau Mr. IBM atau mana mana papan kekunci.....
Pasti sungguh aku dicop sitelan masalah... gundur..gondorongggg...gederrrreeenggg......bukan bunyi tapi sebenarnyer adalah sifat yang tak tersebut oleh huruf dan abjad. Isy..Isykkk..
Sungguh indah kalau semua yang cantik bau harum..tetapi kalau ia cantik tapi ia busuk pasti ada bakteria yang sedang mentelaah dalam kesenyapan.
Tuhan ku, berikan aku restu dan ilham dalam pencarian perompakan yang sedegil dan sebenak ini. Mungkin seteruku sedang bermain-main di legaran sambil bersiulan keriangan melihat aku hilang haluan dalam kelemasan.
Tuesday, September 09, 2008
Kerja banyak + Puasa + lapar + dugaan + flu = LPLS
Last week sempat berbuka puasa di Surau Al-Barokah Kg Bukit Cherakah. Menu sangat menarik (ikan keli goreng masak cili..ikan masin kecik2 yang saiznye sebesar ibu jari, kobis masak lemak putih, sambal belacan dan ulaman)hmmmm simple but menarik beb. Tengok orang sebelah makan bukan main laju lagi siap bertambah tapi mungkin sebab berkat puasa,aku makan sikit terus kenyang. Kekadang bila turun ke kampung-kampung macam ni rasa seronok ada rasa sedih pun ada, kat rumah kalau lauk tak penuh meja tak sah...air 3 macam,kuih lagi lar..... sampai tak tau nak makan yang mana. Tapi kat kampung ni lain sebab aku rasa kesederhanaan yang diamalkan adalah yang terbaik dalam ekonomi yang merundum ni.
Last weekend juga sempat ajak parents and adik2 datang berbuka puasa di rumah. Menu yang aku buat simple jer...Nasi Air tapi condimentnye ada macam-macam.Diana' signature dish definitely Daging Kicap Power menjadi pelengkap. Paling best sekali resepi ibu angkat di Kg Ulu Pueh (Penyanyi lagu Imran Ajmain sure ingat)..pehh sedap giler beb. Sambal Ikan bilis goreng cili Hijau.hhmmm telior lak. Sempat buat Sago Gula Melaka yang disirami kuah santan dan gula perang ....( hmmm cubaan betul lar, bulan puasa buat cerita makan sungguh memberahikan).
Begitulah al-kisahnyer tapi sebelum tu last week jugalah anak buah ku berangkat balik ke Milan setelah cuti utk 3 bulan di K.L. Pejam kelip pejam... dah besar dah and almost 3 years kat sana. Adriana and Amaleea dah comfortable and happy jer bila dia orang ada. To Mira, Amir and Aisyah..we love you so much and take care. See you again in Milan next year, adios ...InsyaAllah.
Monday, September 08, 2008
Monday, September 01, 2008
My 4th Annivesary
Today 2nd Sept 2008 is our 4th annivesary. So many things that we have been trough and I believed many more will comes. My love and affections will never lose though some ups and downs along the road. God had given us 2 beautiful girls that cheer and complete our life for me and diana. My responsibility will only end on the day I die and before that I'll take care of you forever and ever....love you... dear and Adriana/Amaleea .
Tuesday, August 26, 2008
My 2 cents Ideas....
Well, to be frank I was really excited to give my big ideas to this media company. What you should do is to register and give them some ideas from reality show, news, sports ..etc..etc. and definitely it has to be a genuine programme and genuinely pouring from your brilliant brain (no immitation ok). Actually I don't care whether I win or not since it just a trial..should they like my ideas they can take it otherwise I can sell it in other foreign countries. hehehe.
One of my paintball's fren today gives a good ideas regards to unity and community. Since this year independents slogan "Perpaduan Teras Kejayaan" so I think the suggestion should be realized. Masjid can be as meeting and lepaking places but unfortunately it doesn't happened that way. How many of us ziarah masjid except friday prayers (including me) and how many of us perform and recite our subuh prayers in masjid...hmmmm Me too... well it's really hard isn't?
Back to the giving ideas... I spoken to one of the public coming to pay the C.T and he's giving me some ideas how to create wealth instead of creating money. By using all the privilledge as Bumis in property market and keep your 20% income for saving you will get a fortune. Its not to late I guess though saving 20% of my income surely a big sacrifice. Hopefuly can be done...how much left for me and family...ahhhh....!
Sunday, August 24, 2008
Marilah Berfikir
Minggu lepas telah berpeluang mengikuti satu kursus berkenaan rundingan kepimpinan yang mensasarkan kepada semua golongan pengurusan. Kursus selama 2 hari ni telah memberi input berkenaan tatacara, etika, teknik dan sistem rundingan yang lebih berkesan. Melalui analisa yang telah dibuat oleh golongan bijak pandai,Malaysia adalah sebuah masyarakat yang " High Context" di mana sesebuah masyarakat yang mementingkan power distance dan juga ego.
Selain dari itu juga masyarakat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang lebih bersifatkan reactive yang pastinya tiada apa akan berlaku selagi tidak ada apa-apa yang berlaku.
Well, malas nak cerita pasal kursus ni banyak-banyak sebab uols pun lebih arif bab-bab rundingan, infact kalau cerita pun sure tak kuasa nak dengar. Apa yang menariknya adalah tentang High Context Society yang sememangnya telah menjadi part of our life. Kita kekadang pun tak realize benda tu tapi the actual memang benar. Perkara ni terjadi memang disebabkan oleh yang pastinya adalah kesan dari penjajahan British yang sememangnya dan sahihnya sangat mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Bukan pasal sapa cepat naik bas dulu atau naik komuter dulu (PM dah komen pasal sistem komuter yang amatlah tidak memuaskan dan aku telah menempuhinya suatu masa dulu...namun isteriku masih cekal dan gagah menempuhi perjuangan berlari, berhimpit, berasak dan berbusuk dek sebabkan very low servis provided by KTM...sabar ye sayang). Sambung balik cerita British memang dok praktis sangat protokol dan high power distance.
Bukan apa, disebabkan pangkat dan sebagainya masyarakat kita sering membeza-bezakan antara satu sama lain. Kalau you pakai sempoi maknanya kerja you kureng sikit but bila penampilan you terbaik pastinya kerja you pun sangat cantik. To be frank that is not the idea sebab banyak perkara yang kita perlu lihat secara lebih mendalam dan bukan hanya sekadar luaran sahaja. Banyak faktor-faktor yang boleh diambil kira kalau kita nak sebut pasal produktiviti dan kualiti. At the end of the day Do You Deliver Or Not?
Banyak benda yang kekadang kalau kita fikirkan memang tak kuasa nak fikir. Dengan media yang terpesong peranannya yang lebih sebagai 'Batu api' dan bukan perantara rakyat dan cerita sebenar buat kita bosan baca benda-benda ni. So apa lagi kalau bukan blog yang jadi sasaran seterusnya. Entahlah sapa yang betul dan sapa yang salah kita pun malas nak fikir sebab peranan dan tugas pemimpin adalah menyatukan dan mensepadukan masyarakat tapi sorry to say kita ni dah di akhir zaman sebenarnya sebab yang haram jadi halal dan yang halal tak tau lak jadi apa... yang akhirnya sapa yang merana kita dan keluarga kita sendiri.
Sunday, August 17, 2008
Weekend......
Last saturday gi wedding staff ku di Kg Piai Kuala Selangor...... apa yang menarik adalah masakan lauk kampung yang jarang sekali kita dapat rasa kat mana-mana kenduri kawin. Menu ayam golek berempah, daging masak itam, acar, gulai kawah, sayur tempe campur sohOn memang menjilat jari banyak kali. Aku yang jarang tambah pun tak boleh tahan tambah gak 3 kali tapi peduli apakan dah orang bagi makan so bedal jer lar. Setiap jemputan bukan sahaja dapat telor rebus tapi dalam gift bag ada kerepek dan mug... benda simple tapi praktikal, at least boleh gak pakai daripada bagi bekas telo yang harganya sampai RM10 sebiji pastu buat collect habuk. Bukan nak komplen tapi... hmmm malas nak cakap sebab alkisahnya nanti kan ku cerita di posting yang lain yer.
On Sunday morning aku bangun awal sebab nak gi pasar. Actually gi pasar ni mcm dah jadi routine weekend, masa kecik-kecik dulu Along (Panggilan mama and papa ku) sure lar bangun awal sebab nak ikut gi pasar...adik2 yang lain kurang sikit lepas kena paksa baru lar nak gi .Aku enjoy gi pasar sebab dapat tgk macam2 benda tapi yang paling best adalah bila mama n papa tanya "along nak makan aper hari ni?" well its really compliment sebab yang pastinya menu untuk hari itu adalah lauk pilihanku. Kalau tak lauk lemak udang for sure asam pedas kepala ikan..hmmm yummy. But apa-apa dipasar SS15 yang boleh dikatakan agak mahal sikit aku spend almost RM50 untuk beberapa ekor ikan dan udang, daging 1/2 kilo dan sedikit sayur. Nak masak apa, that one leave it to my partner to decide.
(Ini bukan pasar SS15 yer ni gambar pasar di Kundasang, Sabah)
Balik dari pasar memang dah janji nak bwk anak2 gi lepak Le Meridien bersama cousin dari Milan but something happened tayar kereta ku bocor. Well berpeluh gak lar nak menukar tayar spare but tak berjaya sebab equipments tak cukup... (so guys make sure beli 2nd hand car cukup sifatnya) last sekali aku memandu selaju 10km sejam ke kedai yang terdekat kira-kira 100 meter dari rumah. Syukur lar tak kena time jalan kat highway or tempat yg isolated or else masak gue. Jam 930 baru sampai di Le Meridien KL Sentral and terus tukar baju untuk ke Pool Side and to be frank this place is awesome....big pool, ada slide and big pool for kids also.... anyway rate utk gov pun not bad so maybe kena dtg lagi lar...... hehehe
Have lunch cum celebrate birthday party anak saudara ku Amir yang berumur 9 tahun di Basil BSC Bangsar... one of my favorate restaurant so far. Trully thai and taste better than any other places even Chieng Mai pun tak sesedap Basil. Well that all for now, congrats to our one and only badminton's team at least korang gi sana tak mehabis kan boreh jer... memang susah nak menang pun bila main tempat lawan apa-apa pun pada game lain tak tau bila nak merasa pingat lak..kalau nak pengat byk , pasar ramadan stadium macam2 pengat ada....babai.
Wednesday, August 13, 2008
Monday, August 11, 2008
Biaq Pi Lah.....
Terkejut apabila capaian email ku kepada blogspot.com telah terbantut dek penangan 'filter/kawalan' pihak tertentu. Tak sangka lak tetiba semua yang ada blogspot.com telah dibannedkan padahal aku rasa ia adalah medium yang sangat baik sekali dalam memberi maklumat perihal apa yang kita rasa, kita alami, kita lalui dan macam-macam lagi lar. Tidak dinafikan ada anasir-anasir berbau perkauman telah diserapkan tapi apa yang penting adalah diri kita. Terima sms dari seorang sahabat yang sangat terbuka keamarahanya tentang senario politik yang ibarat kapal tanpa nakhoda, pergi ke utara lanun si enam jahanam sedang menanti, pergi ke barat si potong kepala sedang mengasah, pergi ke selatan si singa jantan sedang mengaum menuju ke timur Pak Mat Ngok Ngek mengintai-mengintai peluang-peluang baru... tujuan dan arah belum tentu lagi.
Arakian itulah yang membuatkan aku terfikir yang budaya 'Biaq Pi Lah' jadi tumpuan asalkan cukup makan minum sudahlah. Tak kala Olimpik Beijing sedang berlangsung Jalur Gemilang belum nampak batangnya. Semangat juang ibarat Ferrari dengan Proton memang sah bedanya. Si mata sepet yang dahulunya sekadar di pinggiran sedang enak menikmati buah-buahan yang sedang masak meranum. Ohhh... Malaysiaku...Malaysiaku..
Sisipan-sisipan di meja tanda kerja banyak bukan penentu lagi. Orang tua berkata cakap siang pandang-pandang cakap malam bisik-bisik.. Ada anak adalah ibunya ada haruan adalah jorannya dan ada hantu adalah syaitannya. Label Mr.Yesman tidak wujud secara maya tak kira terang atau gelap atau sewaktu dengannya tetapi yang pastinya Mr.Rule akan berbicara. Dek penangan keGoblokan dalam teknologi terkini, si jawa ini akhirnya terperangkap dalam kesenangan yang sementara ini. Diheret si pencari kepala duitan yang akhirnya, Mr.Rule dipandang jijik dan serong oleh mata si jawa ini yang telah lama penuh bintik hitam di dadanya. Siapa yang bersalah siapa yang betul biarkan ia.... 'Biaq Pi Lah'
Wednesday, August 06, 2008
Monday, August 04, 2008
Have A Break..and Smile
Then Mr. Clinton would say, "I am fine, and you?" Now you should say 'me too'.
Afterwards we the translators, will do all the work for you."
It looks quite simple, but the truth is ............ ....
When Mori met Clinton, he mistakenly said "Who Are You?”
Mr. Clinton was a bit shocked but still managed to react with humor:
"Well, I am Hilary's husband, ha ha ha..."
Then Mori replied confidently "Me too, ha ha ha.."
Then there was a long silent moment, in the meeting room
THE AMERICA'S CLEVEREST PRESIDENT
An airplane was about to crash; there were 5 passengers on board but
only 4 parachutes.
The first passenger said, " I'm Kobe Bryant, the best NBA basketball
player, the Lakers need me, I can't afford to die....So he took the
first pack and left the plane.
The second passenger, Hillary Clinton, said, "I am the wife of the
former president of the United States, I am also the most ambitious
woman in the world and I am a New York Senator and a potential future
president." She just took the second parachute and jumped out of the
plane.
The third passenger, George W. Bush, said: "I'm President of the
United States of America, I have a great responsibility being the
leader of a superpower nation. And above all I'm the cleverest
President in American history, so America's people won't let me die."
So he put on the pack next to him and jumped out of the plane.
The fourth passenger says to the fifth passenger namely Pope (a 10
year-old school boy), "I am old and frail and I don't have many
years left, I will sacrifice my life and let you have the last
parachute.
The boy said, "It's OK, there's a parachute left for you. America's
cleverest President has taken my schoolbag."
CNA YUO RAED TIHS?
you can read this, your brain is 50% faster than those who can't
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
Thursday, July 31, 2008
Happy Birthday Darling
Happy Birthday to Adriana Adi faizal. You are my love forever love. Papa swear will take care and raise you up to my very best. No matter what happened and no matter what's the challenge I'll protect and give you my comfort and my pampet till my last breath....Love you with all my heart (Ibu pun)and Adik....
Wednesday, July 30, 2008
Tree after Your Name
Hey guys... now its your turn to get a tree under your named. Check out http://www.nst.com.my/ under Ink Your Mobile (Ink: Integrated Nokia Kiosk). It was really interesting huuh... very easy , just get your unused or unwanted handphone especially nokia brand but the brand doesn't matter anyway and drop it at 4 selected Nokia outlet such The Curve, Mid Valley, KLCC and Giant Kinrara Puchong. Based on the information given almost 80% of the handphone components are recylable. Well don't wait...coz sometimes a small step make a lot of different to the world. and above all get a tree after your name....
Sunday, July 27, 2008
Jalan-jalan cari makan
Saya pun tidak pasti kalau saudara-saudari pernah merasa sejenis makanan laut yang dipanggil lokan. Rasanya seakan-akan kupang atau kupah kemudian dicicah pula dengan sos lada kampung atau cili sos biasa yang rasanya memang superb sehingga menjilat jari. Cara masakan very easy... everything will be grilled on fire. Harganya boleh tahan gak lar sekilo yang kecil RM7 dan yang besar RM10 tapi kalau nak best beli yang kecil jer sebab rasanya lebih enak . Kalau yang besar tu dia kenyal sikit tapi apa-apa pun memang sodap baaa.....
So kalau ada kesempatan singgah lar kedai ini yer bukan promosi tapi just to share. Anyway the other night we all pergi ke Kuala Sulaman sekali lagi, actually tak jauh sangat pun from K.K and this time we had our seafood such as Ketam, Udang, Ikan and Sotong. Nama kedai tu GAYANG bukan ganyang yer. Not bad, ada more than 50 tables kalau nak privacy boleh ambil private room and kalau nak best lagi private room with karaoke.... (dan mungkin bila nanti....hehehe sampai lar lagu tak kuar2). Anyway we all ambil yang biasa jer senang sikit for the children.
All together 8 adults and 4 children we all habis dalam RM 250 so boleh kata reasonable gak lar kalau nak compared dengan restoran seafood kat K.L or kat S.J. Udang dan ketam sangat fresh sampai terasa kemanisan isinya walaupun dimasak secara steam sahaja. Oklah kita tinggalkan cerita seafood and nak promote sedikit gerai DIMSUM di 1Borneo (pronounce as One Borneo). This food stall owned by my untie nyer future besan and now being my mom's frens (Pic bwh : my mom with owner(untie Sara). Located in the food court area at the 2nd floor.
Uols kena beli kupon dulu baru boleh buat pesanan. Harga boleh tahan..depends on what type of dimsum you want, price range from RM3.50 to RM 10.50. Must try the Pau coz very the nice maaa...and also the chicken herbs dimsum.. Above all, this is a muslim stall and definitely its halal. So sapa-sapa nak rasa dimsum halal di Kota Kinabalu silalah berkunjung di IBorneo ini yer.
Wednesday, July 23, 2008
BKI - KUL (17 July 2008)
With Adriana (The Birthday Girl). Departed at 1845 and touchdown at 2115. Flight smooth but ada few bumpy gak lar.. Sitting near to the window emergency exit and managed to get 2 rows just for us coz flight tak penuh. Unfortunately makanan semua habis by the time stewardess reach us. "Tinggal Mee Maggi jer Encik...." hmmm no thanks but Adriana and Amaleea wanted something to drink and bought Fresh Strawbery Milk And Ribena for them...How Much? RM12 hmmm I can get a carton anyway but what to do.... awal2 lagi dah being reminded " Any outside food not welcome" so understood jer lar ye. But my wife was smart coz awal2 lagi dah prepared something for the girls to eat. In case tak dapat makan so ada reason lar yek.
(wajah-wajah restless anak-anak ku/ Ibunyer maintain)
Upon arrival we had some problems becoz of the stroller yang we all bawak tak keluar-keluar from the baggage area. So bengang la sekejap, check-check rupanya dia orang lupa nak bawak keluar. Almost like 15 mins gak lar tunggu ground staff even worst we are the last one keluar from the arrival hall. My brother dah tunggu kat luar with Tok pa and my niece Buyish. Well I'm very hungry since tak dapat nak isi apa-apa pun dalam perut ni masa flight so can't wait to have dinner and the best part its my mom cook..hehehe (Ibuku telah berada disini since 9 July)
Hello Frens...
Tuesday, July 15, 2008
Malaysiaku...
Sunday, July 13, 2008
My 2nd Wife
Last Week aku buat appointment with my mechanic because of the whising sound that coming out from the stering pump. Memang dah aware dengan bunyi ini and dah almost 3 weeks but aku jer yang tak sempat nak gi workshop. Survey at Honda Service Centre and they said that this thing cannot be fixed and it will cost me for RM1600 for the new pump. Tak termasuk the stering hose that will cost another RM800 so plus minus RM2500 just to get this thing fix. If lucky enough can get for RM700 at kedai potong. Aku pun try browsed around inside Mystream Forum which lead me to a mechanic that experienced in this kind of problems. "Geng Mystream semua datang kat kedai ni bang, semua pun sama jer problem dia.Kena tukar Oil Seal bang" So aku pun confident gak lar lepas justified by most of the members.
Dekat setengah hari gak lar tunggu Wan Pomen ni buat.. and lepas pasang balik Power Stering Pump ni and start enjin tiba-tiba benda lain lak yang jadi. Bunyi dah takda tapi minyak keluar tempat lain..Waduhhh..waduh... Stress gue! Check punya check minyak stering tadi sudah keluar dekat stering shaft, banyak lak tu. "alamak Bang, stering shaft nyer oil seal pun kena tukar gak lar bang sebab bila pressure dah kuat seal kat shaft tak boleh nak main". Aku ingat tu jer lar tiba-tiba " Bang, stering abang dah jam lar kena bukak balik lar mungkin ada problem kat mana-mana ni" Ahhh..tidak.... aku ingat dah habis masalah aku rupa-rupanya ku sangka hujan tapi panas sampai ke petang. Hmm jawabnya tak siap lar bini ku ini. So dengan paksa rela terpaksalah aku meninggalkan kekasihku ini untuk beberapa malam.
Semalam gi tengok kereta tapi tak sempat siaplagi..problem stering jam dah ok, problem bunyi dari stering pump dah ok cuma yang tak ok Oil Seal utk stering shaft jer so kena tunggu gak lar lagi. Since barang pun kena order aku pun merelakan jer lar. So far aku dah bayar RM220 untuk pump oil seal dan few hundreds expected for the shaft. Apa-apa pun jumlah nyer tak semahal (being frugal ) kalau compared ngan Honda Specialist nyer budget. Hopefully ok lar bini ku ini coz bila takda depan mata hati ni rasa macam tak puas jer..bini no 1 pun dah pelik naper aku nampak stress jer sampai syak something tapi aku relax jer. Nanti jawab madu masuk hospital tidoq luar lar jawabnyer. Well the morale of the story kalau beli kereta 2nd hand pastikan check betul2 yer... (yang pelik nyer masa beli takda lak nak jadi camni...)
Friday, July 04, 2008
My Target
Aku sempat membrowsekan diri dalam beberapa blog kategori Adults (u know what I mean) and to my suprised this kind of blog dah lama exist maybe since 2000. And the best part u can browse into anythings... celebrities, pop star, sportman and woman and macam-macam lagi. Well aku tak lar teruja sangat dengan benda-benda ni tapi yang menakutkan aku adalah the free excess to the blog. Those takda anak okay lar but somehow you will get one. Back to the story, anak-anak kita yang konon-kononnya kita hendak exposekan kepada "IT SaVVy" terjebak dalam anasir-anasir yang tidak sihat ini. Dah lar kerja sekolah (talking about sekolah rendah ok)pun dah pandai browse internet cari bahan so apatah lagi sekolah menengah ni.
Well friends maybe I'm a bit conservative in terms of this subject but something need to be done before its to late. Renung-renungkan....
Monday, June 30, 2008
Madah Pujangga
Sayang.....
Tidak terlintas nak bermuka-muka
Tidak terlintas nak kahwin dua
Kasih sayangku tidak terkata
Hanya untukmu sampai bila-bila
Kasih Sayangku tidak terkata
Hanya untukmu sampai bila-bila
Anak dan Isteri pengubat jiwa
Dunia akhirat hidup bersama
Anak dan Isteri pengubat jiwa
Dunia akhirat hidup bersama
Limpahi rahmat serta kurnia
InsyaAllah hidup aman sentiasa.
Kebenaran dalam Keasyikan....
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
<= /strong>
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala.
Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.
Monday, June 23, 2008
babi beratur.....
1) Appetizer
Mini pizza / Mashed Potato -Shasha's recipe
2) Main Course
(lamb shoulder with rosemary sauce): I don't prepare much since nobody favour it but at the end everybody really like it and should prepare it more in the future.
(Chicken with lemon grass ): Not bad as dishes plate empty before 930 pm.
(Sirloin steak with BBQ sauce): I don't even taste it..but for sure its tasty.
(squid and prawn skew): someone already asked the recipe.
(Fried Beehoon)- aiman's recipe... bwak telo pun lambat.
(Fried Rice Chinese Style): Diana's recipe...my wife lar.
3) Dessert: Eggs caramel: my beloved wife recipe...anyway its finish just in a few mins
4)Others: Hotdog in BBq sauce / Corn with Cheese: eja and partner's recipe /
coke supplier:radin / kerepeks: No idea who bought it /Ice-cream : elena
For those who missed it no worries maybe next year I will try to organised it again. But it will be totally different menu... OK bye bye and thank you.
Wednesday, June 18, 2008
Macam Tak Percaya.....
Tgh dengar briefing dari Ketua Rumah Hijau.. we all panggil PakYa. Tengok orang tua ni macam tak caya umur dah 53 tahun tapi kederat yang dia ada mengalahkan aku yang dah masuk 33. Dok risik-risik rahsia 'PakYa buat apa dok sihat mcm orang muda... Hah..tulah hang orang muda makan dok benda pelik2 Mcd lah..KFClah..semua ready in 2 mins...kalau hang nak tau hang kena menuntut 40 hari (dalam loghat kedah)..baru hang tau....'. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih tapi apapun pemakanan sangatlah penting dalam kehidupan seharian.
You what you eat...
Game pertama menang 2-0 dengan rumah merah dan final dengan rumah kuning 2-1. Macam tak caya jer.. team aku boleh menang. Anyway memang game tu amat memeritkan kakiku selepas beberapa telah cuba dibentes dan disepak. Banyak kali gak lar aku mengelak sepakan-sepakan maut..diorang ni main macam nak menang EURO tu yang satu macam main jer. tapi apa-apa pun aku puas sebab aku dapat sepak bola 2-3 kali, cuma tak dapat score jer.Lepas ni ada macam-macam game lagi yang nak kena main sebabnya kategori pegawai aku sorang jer yang lebih kurang boleh main. Futsal, Bola Tampar, Takraw antara game yang aku sendiri pun uncertain gak nak main...bukan apa takut Tragedi Unggul berbuah dua kali...
Ya Allah jauhi aku dari segala mala dan petaka Ya Allah. Amin
Monday, June 09, 2008
Marilah Bersenam Paru-paruku
Gambar ni aku copypaste from one of the bloggers...bukannya apa just nak menunjukkan yang rokok ni really a bad habits. Actually I remembered once upon a time ago aku dah decided nak quit and I did, but it last just for two (2) years. Kalau tak silap it was somewhere in 2002 after having a special vacation in SMC (Selangor Medical Centre) for 7 days coz of the unwanted viral fever that could lead to Dengue. For this 7 precious days, aku tak dapat nak menikmati apa-apa pun yang disumbat dan disudu ke dalam mulut ku. You know lah what I mean..no matter what is infront of you if tekak ni dah tak leh terima jawabnya tak leh gak lar. Doktor kata kesan dari all the medicines (lebih kurang 4 jenis) dan water drip yang melalui urat-urat ku yang merelakannya untuk melawan penyakit ku ini. Even at this period of time kalau bagi aku spagetti cabonara pun belum tentu aku jamah.
So...after this 7 hellfull day aku pun memantapkan diri untuk bersatu hati menentang nafsu merokok yang semakin hari semakin menebal dalam diriku. Almaklum dah 7 hari tak hisap batang berasap ni. Bayangan Rokok M'boro yang pada masa tu baru RM5.50 (20 batang okay) terus aku padamkan dalam memori but just for that day jer... The next day 1st thing in the morning went to 7eleven terus beli...." mintak rokok M'boro kak..bagi yang 20 hard pack yer". Keluar jer 7e terus belasah but...my mouth cannot take it... Ahhhhh...nikmat merokok telah ditarik..ohhh tuhan.....Aku langsung tak dapat rasa nikmat merokok ni lagi. Tak puasa hati yang pertama cuba hisap yang kedua...dalam hati apahal rasa pelik ni..ohhh tidak....ke Minah 7e kencing aku..kot-kot bagi yang imitation nyer. On the way back aku rasa bengang sangat pasal...satu kepala dah pening yang kedua rokok ni apasal lak rasa macam daun hempedu bumi (pahit giler) dan ke3 naper aku tak FEELLLL dah... hmmm...1001 questions.
But the morale of the story kalau nak berhenti tu memang boleh pun sebab aku telah menidakkan kemahuan merokok for 2 glorious years, tak perlu tunggu sakit pun but dek penangan stress kerja aku menerima rokok sebagai sahabat sejati aku. Bos dah lar macam harimau pastu kuat hisap rokok kekadang dia ajak aku minum pastu offer rokok, kat office cam tu gak... marah-marah pastu offer aku rokok, keluar gi meeting tgh2 meeting ajak aku keluar hisap rokok.. last2 aku pun merokok lah.....hehehehehe. Apa-apa pun tepuk dada tanya hati dan otak sebab kalau tanya hati sure nak lagi dan lagi dan lagi tapi kalau tanya otak mungkin boleh lar control sikit. adios
Tuesday, June 03, 2008
10 Tips On How To be A Successful Husband
bismillah hir rahman nir rahim
Friday, May 30, 2008
Rumah Hijau
Dalam banyak-banyak game yang dipertandingkan aku paling confident dengan Team futsal aku sebabnya ramai player yang boleh main dan masih bertenaga dan semangat waja lagi. Bola Tampar, Ping-pong, Badminton, Dart, Karom, Bola Jaring dan Takraw boleh lah tahan, menang tu tak tentu lagi lar tapi setakat pasukan lain nak menang dengan rumah Hijau belum tentu lagi.
Kalau aku dok ingat zaman sekolah dulu rumah sukan ni masing-masing ada bendera masing-masing tapi kali ni aku nak ubah sikit bendera mesti ada lambang baru gempak sikit. Corak dan design aku serah kat designer aku yang sememangnyer pakar dalam mereka bentuk.
Kat pejabat ni urusetia dah letak satu papan kenyataan untuk setiap pasukan buat hebahan dan makluman tentang latihan dan sebagainya tapi aku nampak macam akan jadi medium nak 'Bakar-membakar'. Setakat ni rumah hijau belum mula lagi lar just makluman latihan, but for sure lepas satu game nanti akan mula lah sesi melepaskan geram ni. Kita tunggu dan lihat sapa bakar sapa.......hehehehhe.