Aqeela

A STORY TO SHARE.....

Friday, May 30, 2008

Rumah Hijau

Kali ni aku nak cerita tentang kisah warna rumah sukan di tempat aku bekerja. Tak sampai 2 minggu dari sekarang perlawanan bolasepak akan dimulakan. Kalau ikutkan jadual tempat perlawanan akan diadakan di Stadium MBPJ but still belum ada confirmation lagi. Selain dari rumah hijau yang aku wakili ada rumah rumah lain yang tak kurang hebatnya...Rumah Merah 'The Devil', Rumah Kuning ' The Royal' dan rumah biru ' The Blues'.... hmm so kalau hijau boleh lar kalau nak panggil 'Greenish'.

Dalam banyak-banyak game yang dipertandingkan aku paling confident dengan Team futsal aku sebabnya ramai player yang boleh main dan masih bertenaga dan semangat waja lagi. Bola Tampar, Ping-pong, Badminton, Dart, Karom, Bola Jaring dan Takraw boleh lah tahan, menang tu tak tentu lagi lar tapi setakat pasukan lain nak menang dengan rumah Hijau belum tentu lagi.

Kalau aku dok ingat zaman sekolah dulu rumah sukan ni masing-masing ada bendera masing-masing tapi kali ni aku nak ubah sikit bendera mesti ada lambang baru gempak sikit. Corak dan design aku serah kat designer aku yang sememangnyer pakar dalam mereka bentuk.

Kat pejabat ni urusetia dah letak satu papan kenyataan untuk setiap pasukan buat hebahan dan makluman tentang latihan dan sebagainya tapi aku nampak macam akan jadi medium nak 'Bakar-membakar'. Setakat ni rumah hijau belum mula lagi lar just makluman latihan, but for sure lepas satu game nanti akan mula lah sesi melepaskan geram ni. Kita tunggu dan lihat sapa bakar sapa.......hehehehhe.

1 comment:

Angah said...

heloooooo cube tengok umah ijau punya spelling ada salah laaaaaa kat emblem tuh muahahaha, mai a bilik aku... aku bagitau

futsal menang? tak tengok lagi aku gelicik bola haaaaaaa