Aqeela

A STORY TO SHARE.....

Friday, May 30, 2008

Rumah Hijau

Kali ni aku nak cerita tentang kisah warna rumah sukan di tempat aku bekerja. Tak sampai 2 minggu dari sekarang perlawanan bolasepak akan dimulakan. Kalau ikutkan jadual tempat perlawanan akan diadakan di Stadium MBPJ but still belum ada confirmation lagi. Selain dari rumah hijau yang aku wakili ada rumah rumah lain yang tak kurang hebatnya...Rumah Merah 'The Devil', Rumah Kuning ' The Royal' dan rumah biru ' The Blues'.... hmm so kalau hijau boleh lar kalau nak panggil 'Greenish'.

Dalam banyak-banyak game yang dipertandingkan aku paling confident dengan Team futsal aku sebabnya ramai player yang boleh main dan masih bertenaga dan semangat waja lagi. Bola Tampar, Ping-pong, Badminton, Dart, Karom, Bola Jaring dan Takraw boleh lah tahan, menang tu tak tentu lagi lar tapi setakat pasukan lain nak menang dengan rumah Hijau belum tentu lagi.

Kalau aku dok ingat zaman sekolah dulu rumah sukan ni masing-masing ada bendera masing-masing tapi kali ni aku nak ubah sikit bendera mesti ada lambang baru gempak sikit. Corak dan design aku serah kat designer aku yang sememangnyer pakar dalam mereka bentuk.

Kat pejabat ni urusetia dah letak satu papan kenyataan untuk setiap pasukan buat hebahan dan makluman tentang latihan dan sebagainya tapi aku nampak macam akan jadi medium nak 'Bakar-membakar'. Setakat ni rumah hijau belum mula lagi lar just makluman latihan, but for sure lepas satu game nanti akan mula lah sesi melepaskan geram ni. Kita tunggu dan lihat sapa bakar sapa.......hehehehhe.

Wednesday, May 28, 2008

Alahai...Public


Aku br jer nak posting satu article dah terdelete pulak...hmmm Sabar je lar...... Actually baru jer nak release tension yang sejak monday aku menghadapi dengan sukaria dalam duka. Kerja yang melambak-lambak dan dok jumpa public dari pagi sampai petang sampai aku pun tak tau mana satu nak buat. Kalau kena public yang ok senang sikit but kalau kena yang bijak pandai ni alahai... lemah kepala lutut. Kita explain A dia pergi kat B, dari B ke C dan seterusnya.
Apa-apa pun dah menjadi tanggungjawab so aku terima dengan hati yang terbuka. Cuma kekadang saraf dan minda agak tercabar dengan gelagat dan perangai orang-orang awam yang tidak faham tentang prosedur kerja kat sini. Semua nak cepat jer.........
Next week aku cadang nak cuti cuma tak sure lagi berapa hari nak ambil kalau ikut hati mau gak aku belasah sampai seminggu tapi apa lak cakap bos..... Last aku cuti pun time nak gi Langkawi , 1 week before Parlimen bubar so this time around kalau ambil lama sikt pun takpa kot... heheheh. Dalam erti kata lain still SYMP masih relevan......

Thursday, May 22, 2008

Anak ku Demam


Dah masuk 4 hari kakak dan adik tak berapa sihat. Demam, selsema dan batuk-batuk buat aku dan diana tak keruan. Biasanya demam sikit-sikit 2-3 hari agak biasa bagi budak kecil yang sedang membesar tapi kali ni tak baik-baik jugak. Ubat antibiotik yang doktor bagi pun tak dapat nak habis sebab kakak dan adik dah bijak sikit... bila nampak jer antibiotik terus tutup mulut dan lari satu rumah, paksa lar macam mana pun susah gak nak bagi makan. Ada satu malam tu aku nak suruh adik makan ubat demam, hampir setengah jam dok pujuk rayu dan akhirnya berjaya gak setelah diumpan dengan "Barney" dan "Elmo". Tak tahan melihat keletah anak ku yang bongsu ni sambil menyuap ubat dan sambil tu dia berpotpet-potpet.
Kakak seperti biasa setiap kali makan ubat dia akan control macho tapi tak lama selepas setengah jam dia akan mengeluarkan segala isi perut yang ada dalam erti kata lain'muntah'. Sindrom muntah pada kakak dah macam sebati sebab kekadang bila perut penuh, masuk pula susu terus muntah. Kalau makan terlalu banyak pun akan muntah, makan coklat muntah dan apa sahaja yang tak sesuai pun muntah. Agak pelik pada awalnya tapi bila dah lama-lama aku pun dah ok dan boleh maintain 'cool' bila anak-anak muntah cuma biniku jer lar yang kekadang terover sikit. Tanya doktor, dia jawab biasa pada kanak-kanak yang sedang membesar cuma kena kawal pemakanan pada peringkat awal.
Kesihatan anak-anak ku masih jadi keutamaan, sebagai bapa aku pun tak menafikan rasa risau dan gelisah tetap ada setiap kali anak-anak ku mengalami demam dan sebagainya. Ujian tuhan yang diberikan ku terima dengan hati terbuka dan sehingga saat ini ku berdoa agar anak-nak ku cepat sembuh dan riang cergas seperti biasa. InsyaAllah.......amin.

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day to all mothers in this world especially my beloved Mama, Mama-Dee and My Only Love My Baby Diana


Yesterday was really a buzy day for both of us (Diana & Me) as we woke up early in the morning though we knew it was sunday. Our first mission for today was going to the wet market to get something for our weekly supply... fish, meat and veggies. We bring adik to the market since nobody was around to look after her and I think she would enjoy watching all kinds of fish. I called Mama before I left the house and told her that i'm cooking something for her. Nothing acrossed her mind what to eat so I decided to get her a roasted chicken with special recipe. On the way she called me up and requested for a black pepper steak... hmmm that would be nice . As for now I already knew what to get and Diana was still thinking what to cook and at the end she dedided to cook her Special Ikan Siakap Masak Asam Mangga (You should try it coz it was one of the best dishes Diana ever cook).
When I reached at the SS15 Market it still not that crowded and we head straight to the fish mongers... Diana spent almost RM50 for few kinds of fish and I went to the beef stall buying the best part of beef called 'Batang Pinang' for the steak. After that we went back and started to prepare the ingredients for the cooking. Everythings done by 1 oclock and went to Shah Alam.
Mama was out with Jimmy and Mummy together with my beloved Adriana.. hmmm. well as usual lar...but since I need to prepare all the foods so I don't take it seriously but my wife do..hehehehe. Anyway after half an hour Mama is back and things back as per normal. Everyone likes what we have cook easpecially... (I forgot to mention that I managed to cook another two dishes Ayam cashewnut and Fried Mix Vege) my wife asam mangga and my black pepper steak. It really nice when people appreciated what we have cook and above all this is the best gift for the Mother's day. The secret of the my cooking is you must cook from the heart.. and that's the most important.

Monday, May 05, 2008

Pewaris PTD


Sejenak aku terfikir, apa tujuan budak-budak ni apply jawatan PTD... adakah sekadar "Test Market" atau sememangnya untuk meneruskan perjuangan sebagai perantara Kerajaan dan rakyat....


Sempat gak aku join PAC 2008 kali ni coz kalau ikutkan batch aku yang jadi Faci semuanya yang power..in other words cemerlang, gemilang...bla.. bla... In the first place aku pun tak sure gak dapat tapi dengan adanya kekawan yang sememangnya berhati mulia dan berjiwa sahabat maka dapatlah aku diberi peluang. Banyak benda yang aku pelajari melalui proses pengambilan PTD baru ni.. kalau ikutkan modul PAC yang menekankan banyak aspek pemikiran positif dan penyelesaian masalah ada banyak lagi perkara yang boleh dinilai. Manalah nak dapat nilai seseorang dalam masa 3 hari dengan begitu banyak perangai dan kerenah. Penambahbaikan yang berterusan seharusnya dilaksanakan dan memandangkan budak2 zaman sekarang semuanya advance belaka. Aku ada mencadangkan agar modul pengurusan majlis dimasukkan sebagai salah satu aspek penilaian tapi sapalah aku yang kerdil ini. Kalau dilihat dari aspek kewangan nampak macam nak kena mintak "peruntukan khas" but actually takyah pun.


Penilaian Pengurusan Majlis ini secara dasarnya menilai kebolehan seseorang itu merancang sesuatu majlis atau program. Kita bagi senario program..... tak kisahlah nak buat apa pun Kenduri Kahwin ker...Rombongan Kak Tom... (hehehehe) Program Kutip Derma Diva dan sebagainya but the idea is to know how well you organize and managing things in a short period of time. Bila dia dapat task tu, bagi masa lebih kurang 10 minit yang terus present kat depan semua candidates and panel. Kalau candidates nak tanya pun dia boleh tanya...Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semasa pergi interview MAtrade..(aku dapat E41 but reject sbb nak jd PTD). So dengan adanya P.M ni dapat kita nilai seseorang dari segi pengetahuan merancang... kalau dia nak kelentong pun sah2 kita dah tahu coz sememangnya PTD really expert on this.


Later nak bagi trill kita buat pulak... nanti dulu lah...


Back to the question... depa ni betul2 ker nak jadi PTD. Apa yang dapat kulihat adalah semua wayang dan sandiwara yang dipertontonkan untuk tatapan panel dan faci. Entahlah, bila kulihat air muka adik-adik ni rasa macam nak bagi tau jer yang korang ni datang buat apa kalau tak minat... sekadar datang interview jer and kot-kot bertemu jodoh ker?. For sure lar aku tak cakapkan memandangkan aku ni very the junior faci.... later when the time comes surely aku akan bersuara bagi memberi input yang terbaik bagi menjamin kesinambungan terhadap pewaris penjawat awam yang cream of the cream ni....