Aqeela

A STORY TO SHARE.....

Thursday, May 22, 2008

Anak ku Demam


Dah masuk 4 hari kakak dan adik tak berapa sihat. Demam, selsema dan batuk-batuk buat aku dan diana tak keruan. Biasanya demam sikit-sikit 2-3 hari agak biasa bagi budak kecil yang sedang membesar tapi kali ni tak baik-baik jugak. Ubat antibiotik yang doktor bagi pun tak dapat nak habis sebab kakak dan adik dah bijak sikit... bila nampak jer antibiotik terus tutup mulut dan lari satu rumah, paksa lar macam mana pun susah gak nak bagi makan. Ada satu malam tu aku nak suruh adik makan ubat demam, hampir setengah jam dok pujuk rayu dan akhirnya berjaya gak setelah diumpan dengan "Barney" dan "Elmo". Tak tahan melihat keletah anak ku yang bongsu ni sambil menyuap ubat dan sambil tu dia berpotpet-potpet.
Kakak seperti biasa setiap kali makan ubat dia akan control macho tapi tak lama selepas setengah jam dia akan mengeluarkan segala isi perut yang ada dalam erti kata lain'muntah'. Sindrom muntah pada kakak dah macam sebati sebab kekadang bila perut penuh, masuk pula susu terus muntah. Kalau makan terlalu banyak pun akan muntah, makan coklat muntah dan apa sahaja yang tak sesuai pun muntah. Agak pelik pada awalnya tapi bila dah lama-lama aku pun dah ok dan boleh maintain 'cool' bila anak-anak muntah cuma biniku jer lar yang kekadang terover sikit. Tanya doktor, dia jawab biasa pada kanak-kanak yang sedang membesar cuma kena kawal pemakanan pada peringkat awal.
Kesihatan anak-anak ku masih jadi keutamaan, sebagai bapa aku pun tak menafikan rasa risau dan gelisah tetap ada setiap kali anak-anak ku mengalami demam dan sebagainya. Ujian tuhan yang diberikan ku terima dengan hati terbuka dan sehingga saat ini ku berdoa agar anak-nak ku cepat sembuh dan riang cergas seperti biasa. InsyaAllah.......amin.

1 comment:

Angah said...

Same goes to my teruna and dara kalau demam.. dengan cranky nak menepek la kerjanya..

I just wish my hubby is here huhuhu