Aqeela

A STORY TO SHARE.....
Showing posts with label pewaris. Show all posts
Showing posts with label pewaris. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

26 Days

Salam....

Syukur pada Yang Maha Esa yang memberikan limpahan kenikmatan kekuatan diri untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Today Aqeela dah masuk 26 hari and we just got back from KPJ for check-up. Guess what... she is 900 gm    heavier than before. Alhamdulillah, despite of the muntah-muntah lepas minum milk she actually gain weight and that is a good sign of body and health development.

Cuak jugak sebelum masuk jumpa Dr Ling tadi... however lepas consultation, rasa syukur kepada Allah yang amat sangat sebabnya Aqeela had shown a positive feedback. Masih teringang-ngiang di telinga dengar explanation from dok. regarding Aqeela nyer health and untill now, hanya doa dan tawakal kepada Allah sebelum we go to see IJN Specialist next week.

At this point what I would like to share :

  1. Bersyukur dengn apa yang telah Allah berikan... no matter what
  2. Even Aqeela positive ada heart problems just give her the same treatment macam anak2 lain... ( rasanya mcm bagi extra jer...hehehehe)
  3. Always support each other... hubby and wife.. but I must give credits to Diana sbb dia yang byk berkorban masa tidoq ... Aqeela malam jer dia restless skit . Papa take over bila Ibu dah tak larat.
  4. Doa dan tawakal ... bacaan surah-surah Al-Quran selepas Magrib atau Isya dan Subuh. (selain dari usaha perubatan moden, hanya Allah yang maha berkuasa untuk menyembuhkannya..InsyaAllah).
Dengan Izin Allah.. hari ini Oksigen supplied is 100 % which means she is as good as normal baby. Alhamdulillah Ya Rabbi Ya Karim.




Monday, August 11, 2008

Biaq Pi Lah.....


Terkejut apabila capaian email ku kepada blogspot.com telah terbantut dek penangan 'filter/kawalan' pihak tertentu. Tak sangka lak tetiba semua yang ada blogspot.com telah dibannedkan padahal aku rasa ia adalah medium yang sangat baik sekali dalam memberi maklumat perihal apa yang kita rasa, kita alami, kita lalui dan macam-macam lagi lar. Tidak dinafikan ada anasir-anasir berbau perkauman telah diserapkan tapi apa yang penting adalah diri kita. Terima sms dari seorang sahabat yang sangat terbuka keamarahanya tentang senario politik yang ibarat kapal tanpa nakhoda, pergi ke utara lanun si enam jahanam sedang menanti, pergi ke barat si potong kepala sedang mengasah, pergi ke selatan si singa jantan sedang mengaum menuju ke timur Pak Mat Ngok Ngek mengintai-mengintai peluang-peluang baru... tujuan dan arah belum tentu lagi.

Arakian itulah yang membuatkan aku terfikir yang budaya 'Biaq Pi Lah' jadi tumpuan asalkan cukup makan minum sudahlah. Tak kala Olimpik Beijing sedang berlangsung Jalur Gemilang belum nampak batangnya. Semangat juang ibarat Ferrari dengan Proton memang sah bedanya. Si mata sepet yang dahulunya sekadar di pinggiran sedang enak menikmati buah-buahan yang sedang masak meranum. Ohhh... Malaysiaku...Malaysiaku..

Sisipan-sisipan di meja tanda kerja banyak bukan penentu lagi. Orang tua berkata cakap siang pandang-pandang cakap malam bisik-bisik.. Ada anak adalah ibunya ada haruan adalah jorannya dan ada hantu adalah syaitannya. Label Mr.Yesman tidak wujud secara maya tak kira terang atau gelap atau sewaktu dengannya tetapi yang pastinya Mr.Rule akan berbicara. Dek penangan keGoblokan dalam teknologi terkini, si jawa ini akhirnya terperangkap dalam kesenangan yang sementara ini. Diheret si pencari kepala duitan yang akhirnya, Mr.Rule dipandang jijik dan serong oleh mata si jawa ini yang telah lama penuh bintik hitam di dadanya. Siapa yang bersalah siapa yang betul biarkan ia.... 'Biaq Pi Lah'

Monday, May 05, 2008

Pewaris PTD


Sejenak aku terfikir, apa tujuan budak-budak ni apply jawatan PTD... adakah sekadar "Test Market" atau sememangnya untuk meneruskan perjuangan sebagai perantara Kerajaan dan rakyat....


Sempat gak aku join PAC 2008 kali ni coz kalau ikutkan batch aku yang jadi Faci semuanya yang power..in other words cemerlang, gemilang...bla.. bla... In the first place aku pun tak sure gak dapat tapi dengan adanya kekawan yang sememangnya berhati mulia dan berjiwa sahabat maka dapatlah aku diberi peluang. Banyak benda yang aku pelajari melalui proses pengambilan PTD baru ni.. kalau ikutkan modul PAC yang menekankan banyak aspek pemikiran positif dan penyelesaian masalah ada banyak lagi perkara yang boleh dinilai. Manalah nak dapat nilai seseorang dalam masa 3 hari dengan begitu banyak perangai dan kerenah. Penambahbaikan yang berterusan seharusnya dilaksanakan dan memandangkan budak2 zaman sekarang semuanya advance belaka. Aku ada mencadangkan agar modul pengurusan majlis dimasukkan sebagai salah satu aspek penilaian tapi sapalah aku yang kerdil ini. Kalau dilihat dari aspek kewangan nampak macam nak kena mintak "peruntukan khas" but actually takyah pun.


Penilaian Pengurusan Majlis ini secara dasarnya menilai kebolehan seseorang itu merancang sesuatu majlis atau program. Kita bagi senario program..... tak kisahlah nak buat apa pun Kenduri Kahwin ker...Rombongan Kak Tom... (hehehehe) Program Kutip Derma Diva dan sebagainya but the idea is to know how well you organize and managing things in a short period of time. Bila dia dapat task tu, bagi masa lebih kurang 10 minit yang terus present kat depan semua candidates and panel. Kalau candidates nak tanya pun dia boleh tanya...Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semasa pergi interview MAtrade..(aku dapat E41 but reject sbb nak jd PTD). So dengan adanya P.M ni dapat kita nilai seseorang dari segi pengetahuan merancang... kalau dia nak kelentong pun sah2 kita dah tahu coz sememangnya PTD really expert on this.


Later nak bagi trill kita buat pulak... nanti dulu lah...


Back to the question... depa ni betul2 ker nak jadi PTD. Apa yang dapat kulihat adalah semua wayang dan sandiwara yang dipertontonkan untuk tatapan panel dan faci. Entahlah, bila kulihat air muka adik-adik ni rasa macam nak bagi tau jer yang korang ni datang buat apa kalau tak minat... sekadar datang interview jer and kot-kot bertemu jodoh ker?. For sure lar aku tak cakapkan memandangkan aku ni very the junior faci.... later when the time comes surely aku akan bersuara bagi memberi input yang terbaik bagi menjamin kesinambungan terhadap pewaris penjawat awam yang cream of the cream ni....