Sejenak aku terfikir, apa tujuan budak-budak ni apply jawatan PTD... adakah sekadar "Test Market" atau sememangnya untuk meneruskan perjuangan sebagai perantara Kerajaan dan rakyat....
Sempat gak aku join PAC 2008 kali ni coz kalau ikutkan batch aku yang jadi Faci semuanya yang power..in other words cemerlang, gemilang...bla.. bla... In the first place aku pun tak sure gak dapat tapi dengan adanya kekawan yang sememangnya berhati mulia dan berjiwa sahabat maka dapatlah aku diberi peluang. Banyak benda yang aku pelajari melalui proses pengambilan PTD baru ni.. kalau ikutkan modul PAC yang menekankan banyak aspek pemikiran positif dan penyelesaian masalah ada banyak lagi perkara yang boleh dinilai. Manalah nak dapat nilai seseorang dalam masa 3 hari dengan begitu banyak perangai dan kerenah. Penambahbaikan yang berterusan seharusnya dilaksanakan dan memandangkan budak2 zaman sekarang semuanya advance belaka. Aku ada mencadangkan agar modul pengurusan majlis dimasukkan sebagai salah satu aspek penilaian tapi sapalah aku yang kerdil ini. Kalau dilihat dari aspek kewangan nampak macam nak kena mintak "peruntukan khas" but actually takyah pun.
Penilaian Pengurusan Majlis ini secara dasarnya menilai kebolehan seseorang itu merancang sesuatu majlis atau program. Kita bagi senario program..... tak kisahlah nak buat apa pun Kenduri Kahwin ker...Rombongan Kak Tom... (hehehehe) Program Kutip Derma Diva dan sebagainya but the idea is to know how well you organize and managing things in a short period of time. Bila dia dapat task tu, bagi masa lebih kurang 10 minit yang terus present kat depan semua candidates and panel. Kalau candidates nak tanya pun dia boleh tanya...Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semasa pergi interview MAtrade..(aku dapat E41 but reject sbb nak jd PTD). So dengan adanya P.M ni dapat kita nilai seseorang dari segi pengetahuan merancang... kalau dia nak kelentong pun sah2 kita dah tahu coz sememangnya PTD really expert on this.
Later nak bagi trill kita buat pulak... nanti dulu lah...
Back to the question... depa ni betul2 ker nak jadi PTD. Apa yang dapat kulihat adalah semua wayang dan sandiwara yang dipertontonkan untuk tatapan panel dan faci. Entahlah, bila kulihat air muka adik-adik ni rasa macam nak bagi tau jer yang korang ni datang buat apa kalau tak minat... sekadar datang interview jer and kot-kot bertemu jodoh ker?. For sure lar aku tak cakapkan memandangkan aku ni very the junior faci.... later when the time comes surely aku akan bersuara bagi memberi input yang terbaik bagi menjamin kesinambungan terhadap pewaris penjawat awam yang cream of the cream ni....
No comments:
Post a Comment