Last saturday gi wedding staff ku di Kg Piai Kuala Selangor...... apa yang menarik adalah masakan lauk kampung yang jarang sekali kita dapat rasa kat mana-mana kenduri kawin. Menu ayam golek berempah, daging masak itam, acar, gulai kawah, sayur tempe campur sohOn memang menjilat jari banyak kali. Aku yang jarang tambah pun tak boleh tahan tambah gak 3 kali tapi peduli apakan dah orang bagi makan so bedal jer lar. Setiap jemputan bukan sahaja dapat telor rebus tapi dalam gift bag ada kerepek dan mug... benda simple tapi praktikal, at least boleh gak pakai daripada bagi bekas telo yang harganya sampai RM10 sebiji pastu buat collect habuk. Bukan nak komplen tapi... hmmm malas nak cakap sebab alkisahnya nanti kan ku cerita di posting yang lain yer.
On Sunday morning aku bangun awal sebab nak gi pasar. Actually gi pasar ni mcm dah jadi routine weekend, masa kecik-kecik dulu Along (Panggilan mama and papa ku) sure lar bangun awal sebab nak ikut gi pasar...adik2 yang lain kurang sikit lepas kena paksa baru lar nak gi .Aku enjoy gi pasar sebab dapat tgk macam2 benda tapi yang paling best adalah bila mama n papa tanya "along nak makan aper hari ni?" well its really compliment sebab yang pastinya menu untuk hari itu adalah lauk pilihanku. Kalau tak lauk lemak udang for sure asam pedas kepala ikan..hmmm yummy. But apa-apa dipasar SS15 yang boleh dikatakan agak mahal sikit aku spend almost RM50 untuk beberapa ekor ikan dan udang, daging 1/2 kilo dan sedikit sayur. Nak masak apa, that one leave it to my partner to decide.
(Ini bukan pasar SS15 yer ni gambar pasar di Kundasang, Sabah)
Balik dari pasar memang dah janji nak bwk anak2 gi lepak Le Meridien bersama cousin dari Milan but something happened tayar kereta ku bocor. Well berpeluh gak lar nak menukar tayar spare but tak berjaya sebab equipments tak cukup... (so guys make sure beli 2nd hand car cukup sifatnya) last sekali aku memandu selaju 10km sejam ke kedai yang terdekat kira-kira 100 meter dari rumah. Syukur lar tak kena time jalan kat highway or tempat yg isolated or else masak gue. Jam 930 baru sampai di Le Meridien KL Sentral and terus tukar baju untuk ke Pool Side and to be frank this place is awesome....big pool, ada slide and big pool for kids also.... anyway rate utk gov pun not bad so maybe kena dtg lagi lar...... hehehe
Have lunch cum celebrate birthday party anak saudara ku Amir yang berumur 9 tahun di Basil BSC Bangsar... one of my favorate restaurant so far. Trully thai and taste better than any other places even Chieng Mai pun tak sesedap Basil. Well that all for now, congrats to our one and only badminton's team at least korang gi sana tak mehabis kan boreh jer... memang susah nak menang pun bila main tempat lawan apa-apa pun pada game lain tak tau bila nak merasa pingat lak..kalau nak pengat byk , pasar ramadan stadium macam2 pengat ada....babai.
3 comments:
incik ganu,
saya tok suko g pasar, tapi suke masok sajo..
:D
masse duk telemong dulu, mok (angkak) slalu ajak makang gulai...
lening baghu tau makang gulai tu pebende.. hehe.
hang buat posting kat mana tu?
maseh dibanned di pejabat?
rajin sungguh orang IT tempat hang noh! sama macam kat KKM ni.
Post a Comment