Aqeela
A STORY TO SHARE.....
Sunday, August 24, 2008
Marilah Berfikir
Minggu lepas telah berpeluang mengikuti satu kursus berkenaan rundingan kepimpinan yang mensasarkan kepada semua golongan pengurusan. Kursus selama 2 hari ni telah memberi input berkenaan tatacara, etika, teknik dan sistem rundingan yang lebih berkesan. Melalui analisa yang telah dibuat oleh golongan bijak pandai,Malaysia adalah sebuah masyarakat yang " High Context" di mana sesebuah masyarakat yang mementingkan power distance dan juga ego.
Selain dari itu juga masyarakat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang lebih bersifatkan reactive yang pastinya tiada apa akan berlaku selagi tidak ada apa-apa yang berlaku.
Well, malas nak cerita pasal kursus ni banyak-banyak sebab uols pun lebih arif bab-bab rundingan, infact kalau cerita pun sure tak kuasa nak dengar. Apa yang menariknya adalah tentang High Context Society yang sememangnya telah menjadi part of our life. Kita kekadang pun tak realize benda tu tapi the actual memang benar. Perkara ni terjadi memang disebabkan oleh yang pastinya adalah kesan dari penjajahan British yang sememangnya dan sahihnya sangat mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Bukan pasal sapa cepat naik bas dulu atau naik komuter dulu (PM dah komen pasal sistem komuter yang amatlah tidak memuaskan dan aku telah menempuhinya suatu masa dulu...namun isteriku masih cekal dan gagah menempuhi perjuangan berlari, berhimpit, berasak dan berbusuk dek sebabkan very low servis provided by KTM...sabar ye sayang). Sambung balik cerita British memang dok praktis sangat protokol dan high power distance.
Bukan apa, disebabkan pangkat dan sebagainya masyarakat kita sering membeza-bezakan antara satu sama lain. Kalau you pakai sempoi maknanya kerja you kureng sikit but bila penampilan you terbaik pastinya kerja you pun sangat cantik. To be frank that is not the idea sebab banyak perkara yang kita perlu lihat secara lebih mendalam dan bukan hanya sekadar luaran sahaja. Banyak faktor-faktor yang boleh diambil kira kalau kita nak sebut pasal produktiviti dan kualiti. At the end of the day Do You Deliver Or Not?
Banyak benda yang kekadang kalau kita fikirkan memang tak kuasa nak fikir. Dengan media yang terpesong peranannya yang lebih sebagai 'Batu api' dan bukan perantara rakyat dan cerita sebenar buat kita bosan baca benda-benda ni. So apa lagi kalau bukan blog yang jadi sasaran seterusnya. Entahlah sapa yang betul dan sapa yang salah kita pun malas nak fikir sebab peranan dan tugas pemimpin adalah menyatukan dan mensepadukan masyarakat tapi sorry to say kita ni dah di akhir zaman sebenarnya sebab yang haram jadi halal dan yang halal tak tau lak jadi apa... yang akhirnya sapa yang merana kita dan keluarga kita sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam bro,
jadila bos yang respek kat anak buah sebab kalau kita respek depa ...depa akan respek kita balik ...
setujusssssssssssss
3 hari laaaaaa
Post a Comment