Aqeela

A STORY TO SHARE.....

Monday, August 11, 2008

Biaq Pi Lah.....


Terkejut apabila capaian email ku kepada blogspot.com telah terbantut dek penangan 'filter/kawalan' pihak tertentu. Tak sangka lak tetiba semua yang ada blogspot.com telah dibannedkan padahal aku rasa ia adalah medium yang sangat baik sekali dalam memberi maklumat perihal apa yang kita rasa, kita alami, kita lalui dan macam-macam lagi lar. Tidak dinafikan ada anasir-anasir berbau perkauman telah diserapkan tapi apa yang penting adalah diri kita. Terima sms dari seorang sahabat yang sangat terbuka keamarahanya tentang senario politik yang ibarat kapal tanpa nakhoda, pergi ke utara lanun si enam jahanam sedang menanti, pergi ke barat si potong kepala sedang mengasah, pergi ke selatan si singa jantan sedang mengaum menuju ke timur Pak Mat Ngok Ngek mengintai-mengintai peluang-peluang baru... tujuan dan arah belum tentu lagi.

Arakian itulah yang membuatkan aku terfikir yang budaya 'Biaq Pi Lah' jadi tumpuan asalkan cukup makan minum sudahlah. Tak kala Olimpik Beijing sedang berlangsung Jalur Gemilang belum nampak batangnya. Semangat juang ibarat Ferrari dengan Proton memang sah bedanya. Si mata sepet yang dahulunya sekadar di pinggiran sedang enak menikmati buah-buahan yang sedang masak meranum. Ohhh... Malaysiaku...Malaysiaku..

Sisipan-sisipan di meja tanda kerja banyak bukan penentu lagi. Orang tua berkata cakap siang pandang-pandang cakap malam bisik-bisik.. Ada anak adalah ibunya ada haruan adalah jorannya dan ada hantu adalah syaitannya. Label Mr.Yesman tidak wujud secara maya tak kira terang atau gelap atau sewaktu dengannya tetapi yang pastinya Mr.Rule akan berbicara. Dek penangan keGoblokan dalam teknologi terkini, si jawa ini akhirnya terperangkap dalam kesenangan yang sementara ini. Diheret si pencari kepala duitan yang akhirnya, Mr.Rule dipandang jijik dan serong oleh mata si jawa ini yang telah lama penuh bintik hitam di dadanya. Siapa yang bersalah siapa yang betul biarkan ia.... 'Biaq Pi Lah'

4 comments:

kapalkeras said...

madah berhelah berlapis-lapis
baling batu tangan sembunyi
berat hati nak cakap habis
rumah siap pahat berbunyi

adifaizal said...

Biasaq lar tu.....sapa baling batu pastu mengaku, confirm sedara ngan De Sodomi...

Adni Ariff said...

sabaq, k? nak senarai peroksee untuk mengatasi saluran2 yang diblok itu, sila e-mel saya.

madah berhelah? adakah itu suatu petanda untuk sesuatu aktiviti?

Unknown said...

amboi darling i, bermadah helah yer...mmg POWER!