Aqeela
A STORY TO SHARE.....
Monday, June 30, 2008
Madah Pujangga
Sayang.....
Tidak terlintas nak bermuka-muka
Tidak terlintas nak kahwin dua
Kasih sayangku tidak terkata
Hanya untukmu sampai bila-bila
Kasih Sayangku tidak terkata
Hanya untukmu sampai bila-bila
Anak dan Isteri pengubat jiwa
Dunia akhirat hidup bersama
Anak dan Isteri pengubat jiwa
Dunia akhirat hidup bersama
Limpahi rahmat serta kurnia
InsyaAllah hidup aman sentiasa.
Kebenaran dalam Keasyikan....
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
<= /strong>
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala.
Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.
Monday, June 23, 2008
babi beratur.....
1) Appetizer
Mini pizza / Mashed Potato -Shasha's recipe
2) Main Course
(lamb shoulder with rosemary sauce): I don't prepare much since nobody favour it but at the end everybody really like it and should prepare it more in the future.
(Chicken with lemon grass ): Not bad as dishes plate empty before 930 pm.
(Sirloin steak with BBQ sauce): I don't even taste it..but for sure its tasty.
(squid and prawn skew): someone already asked the recipe.
(Fried Beehoon)- aiman's recipe... bwak telo pun lambat.
(Fried Rice Chinese Style): Diana's recipe...my wife lar.
3) Dessert: Eggs caramel: my beloved wife recipe...anyway its finish just in a few mins
4)Others: Hotdog in BBq sauce / Corn with Cheese: eja and partner's recipe /
coke supplier:radin / kerepeks: No idea who bought it /Ice-cream : elena
For those who missed it no worries maybe next year I will try to organised it again. But it will be totally different menu... OK bye bye and thank you.
Wednesday, June 18, 2008
Macam Tak Percaya.....
Tgh dengar briefing dari Ketua Rumah Hijau.. we all panggil PakYa. Tengok orang tua ni macam tak caya umur dah 53 tahun tapi kederat yang dia ada mengalahkan aku yang dah masuk 33. Dok risik-risik rahsia 'PakYa buat apa dok sihat mcm orang muda... Hah..tulah hang orang muda makan dok benda pelik2 Mcd lah..KFClah..semua ready in 2 mins...kalau hang nak tau hang kena menuntut 40 hari (dalam loghat kedah)..baru hang tau....'. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih tapi apapun pemakanan sangatlah penting dalam kehidupan seharian.
You what you eat...
Game pertama menang 2-0 dengan rumah merah dan final dengan rumah kuning 2-1. Macam tak caya jer.. team aku boleh menang. Anyway memang game tu amat memeritkan kakiku selepas beberapa telah cuba dibentes dan disepak. Banyak kali gak lar aku mengelak sepakan-sepakan maut..diorang ni main macam nak menang EURO tu yang satu macam main jer. tapi apa-apa pun aku puas sebab aku dapat sepak bola 2-3 kali, cuma tak dapat score jer.Lepas ni ada macam-macam game lagi yang nak kena main sebabnya kategori pegawai aku sorang jer yang lebih kurang boleh main. Futsal, Bola Tampar, Takraw antara game yang aku sendiri pun uncertain gak nak main...bukan apa takut Tragedi Unggul berbuah dua kali...
Ya Allah jauhi aku dari segala mala dan petaka Ya Allah. Amin
Monday, June 09, 2008
Marilah Bersenam Paru-paruku
Gambar ni aku copypaste from one of the bloggers...bukannya apa just nak menunjukkan yang rokok ni really a bad habits. Actually I remembered once upon a time ago aku dah decided nak quit and I did, but it last just for two (2) years. Kalau tak silap it was somewhere in 2002 after having a special vacation in SMC (Selangor Medical Centre) for 7 days coz of the unwanted viral fever that could lead to Dengue. For this 7 precious days, aku tak dapat nak menikmati apa-apa pun yang disumbat dan disudu ke dalam mulut ku. You know lah what I mean..no matter what is infront of you if tekak ni dah tak leh terima jawabnya tak leh gak lar. Doktor kata kesan dari all the medicines (lebih kurang 4 jenis) dan water drip yang melalui urat-urat ku yang merelakannya untuk melawan penyakit ku ini. Even at this period of time kalau bagi aku spagetti cabonara pun belum tentu aku jamah.
So...after this 7 hellfull day aku pun memantapkan diri untuk bersatu hati menentang nafsu merokok yang semakin hari semakin menebal dalam diriku. Almaklum dah 7 hari tak hisap batang berasap ni. Bayangan Rokok M'boro yang pada masa tu baru RM5.50 (20 batang okay) terus aku padamkan dalam memori but just for that day jer... The next day 1st thing in the morning went to 7eleven terus beli...." mintak rokok M'boro kak..bagi yang 20 hard pack yer". Keluar jer 7e terus belasah but...my mouth cannot take it... Ahhhhh...nikmat merokok telah ditarik..ohhh tuhan.....Aku langsung tak dapat rasa nikmat merokok ni lagi. Tak puasa hati yang pertama cuba hisap yang kedua...dalam hati apahal rasa pelik ni..ohhh tidak....ke Minah 7e kencing aku..kot-kot bagi yang imitation nyer. On the way back aku rasa bengang sangat pasal...satu kepala dah pening yang kedua rokok ni apasal lak rasa macam daun hempedu bumi (pahit giler) dan ke3 naper aku tak FEELLLL dah... hmmm...1001 questions.
But the morale of the story kalau nak berhenti tu memang boleh pun sebab aku telah menidakkan kemahuan merokok for 2 glorious years, tak perlu tunggu sakit pun but dek penangan stress kerja aku menerima rokok sebagai sahabat sejati aku. Bos dah lar macam harimau pastu kuat hisap rokok kekadang dia ajak aku minum pastu offer rokok, kat office cam tu gak... marah-marah pastu offer aku rokok, keluar gi meeting tgh2 meeting ajak aku keluar hisap rokok.. last2 aku pun merokok lah.....hehehehehe. Apa-apa pun tepuk dada tanya hati dan otak sebab kalau tanya hati sure nak lagi dan lagi dan lagi tapi kalau tanya otak mungkin boleh lar control sikit. adios
Tuesday, June 03, 2008
10 Tips On How To be A Successful Husband
bismillah hir rahman nir rahim