
Adapun ceritanya sempat gi berekreasi di hutan simpan Hulu Selangor yang sememangnya tersohor di kalangan pendaki-pendaki tegar. Tidak jauh dari sini juga terletaknya salah satu pusat peranginan yang sangatlah popular satu masa dahulu walaubagaimanapun ia hanyalah tinggal kenangan...Sapa tak tau Bukit Fraser? Anyway aku bukan nak cerita pasal Bukit Fraser ni tapi nak cerita serba sedikit pasal suatu tempat menuju bukit ini...Sungai Chiling.

Antara anak-anak sungai yang perlu diredahi..kalau tak silap ada 6 anak sungai dan definitely it was very sleepery...sebab aku pun jadi mangsa gak. Gambor kat bawah ni baru lepas berendam sebab loss balance and almost terhanyut selipar "crocs" ku ittewwww...


Untuk sampai disini mengambil masa lebih kurang 1 jam apa-apa pun ia bergantung kepada kekawan yang datang sebab lebih ramai lebih perlahan perjalanan masuk. Biasa lah kan kalau dah rombongan Cik Kiah..but for our group it was very fast sebab only 9 of us jer.

Ini lah dia Air Terjun yang memang menjadi kegilaan ramai.....termasuk lah aku. Nampak jer air terus lupa diri jap. Kawasan yang paling dalam adalah lebih kurang 6 kaki so sapa2 yang tak reti berenang main jer kat tepi air tu. Ini namanya terjun tiruk..ala2 superman.hehhehehe selepas penat bermandi manda kami menjamu selera dengan nasi lemak bungkus daun pisang sambal sotong..yummy2...dan air teh-o nipis....sedap gila...

InsyAllah lepas ni we all plan nak gi Air terjun Lata Charok di Janda Baik and that place also kena jungle trekking for 1 hour. Kalau ada member2 yang nak ikut boleh follow. And definitely it will be a no-regrets trip.