Aqeela

A STORY TO SHARE.....

Monday, April 21, 2008

Cerita Politik

Dah lama tak tulis dalam blog ni... boleh la dikatakan agak sibuk gak. Aku pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku terlalu cenderung membaca bahan bahan yang berteraskan kepada politik di Malaysia. Maybe selepas melandanya tsunami PRU12 yang mengejutkan ramai orang termasuklah aku sendiri yang terlibat secara tidak langsung. Last 2 weeks aku sign-in to be part of Prowaris (NGO) yang aku rasakan suatu badan yang mungkin satu hari dapat memberi harapan baru kepada semua orang-orang Melayu di Malaysia. Kita ni sekarang namanya duduk Tanah Melayu... sekangkang tanah pun payah nak dapat apatah lagi kalau sekeping...tapi kalau nak tanah merah boleh dapat free jer... (member aku kata bole kowtim ngan tokey Cina).

Mungkin disebabkan oleh kowtim menkowtim ni punca kita Orang Melayu dah mula hilang arah. Bloggers semakin hari semakin ramai, yang memuji memang ramai but yang mengeji lagi ramai. Sudah menjadi lumrah alam, yang hebat, yang bagus, yang tinggi, yang kaya, yang KORUP dan macam-macam yang lagi...itulah yang kita puja tapi bila buat silap sikit habis satu kelambu dibakarnya. Entahlah apa yang nak jadi pada negara ini pun tak tahulah aku, as long i can feed another 3 persons cukup memadai. Nak belanja lebih pun tak berani dek penangan harga barang yang semakin melambung tinggi. Semalam pergi beli beras yang (walaupun masih ada stok ) jenis SUPER, rupa-rupanya harga dah naik sebab kali terakhir aku beli harga masih below RM20 but to my suprised harga tak macam dulu lagi.

Kerajaan buat apa pun tak tahulah cheq ni oooiiii....bayangkanlah kita ni negara pengeluar beras di Asia tapi kita sendiri beli beras pun mahal..hmmm aku ingat pasni time anak2 aku dah besar sure cecah RM50 kot. "Wahai anak-anak ku, kita makanl benda lain ok..makan nasi tak best lar..cekodok lagi sedap !" Kalau dok fikir-fikir sakit kepala aku nak fikir benda benda ni. Itupun belum lagi cerita politik yang sememangnyer panas dan hangat cuma aku takut jadi hangit jer cerita2 ni. Sekarang ni kita tengok kat TV sibuk orang cakap pasal reformasi bangsa Melayu... kalau ikutkan Pakatan Rakyat depa dah lama reformasi sejak kemelut dalaman jadi eversince year 2000. So what to do is we need to talk about how to survive in our our nation coz maruah dan harga diri kita semakin tergadai, tuduh menuduh, tunjuk menunjuk, maki memaki semakin biasa sehinggakan tiada rasa hormat antara sesama manusia tidak ada lagi dalam komuniti yang kecil ini yang kalau dibandingkan dengan China yang more than I bilion populations.

Apa - apa pun lu pikir la sendiri...